이이담 como Min Deul-re
Episodios 12
Waktu Paling Gelap ialah Sebelum Fajar Menyingsing
Jeong Da-eun yang baru dipindahkan ke Jabatan Kesihatan Mental mendapat pesakit pertamanya, Oh Ri-na — seorang wanita yang kelihatan berada dalam keadaan baik.
Leer másMalas Pergi Kerja
Da-eun berasa tersinggung apabila terdengar kebenaran yang pahit. Ketika ketegangan memuncak, doktor dan jururawat menyelesaikan percanggahan mereka dengan cara lama.
Leer másRuang untuk Bernafas
Jururawat pelatih melawati unit psikiatri tetapi salah seorang pelatih menunjukkan kelakuan aneh. Da-eun mendapat tahu rahsia kawan baiknya, Song Yu-chan tanpa sengaja.
Leer másMencari Sinar Harapan
Seorang pesakit yang ganas menuduh Da-eun mencuri duit. Sementara itu, Min Deul-re menawarkan sekilas pandangan terhadap hakikat kehidupannya kepada Hwang Yeo-hwan.
Leer másMasa untuk Memperlahankan Rentak Hidup
Semasa kecemasan, Da-eun menyedari sifat berbeza Dr. Dong Go-yun. Jururawat kanan, Park Soo-yeon memahami kesukaran pesakit menyeimbangkan kerja dan tugas sebagai ibu.
Leer másSeharian dalam Kehidupan Ahli Sihir
Menghadapi masalah kewangan, Deul-re menjauhkan diri daripada Yeo-hwan. Da-eun semakin risau jika pesakit yang dilepaskan dapat menyesuaikan diri kepada kehidupan biasa.
Leer másYang Ditinggalkan
Kawan dan rakan sekerja Da-eun risau tentangnya susulan sebuah tragedi, manakala para doktor, jururawat dan pesakit mempelajari cara merawat PTSD.
Leer másTamatnya Rasa Duka
Mengalami kesukaran untuk pulih tanpa menyibukkan diri, Da-eun cuba berdepan dengan perasaannya. Yeo-hwan dan Go-yun saling bersimpati tentang masalah hubungan.
Leer másSaya Jururawat yang Kemurungan
Deul-re menangani kepulangan ibunya. Da-eun bertukar sudut pandangan apabila dia bergelut dengan diagnosisnya sendiri.
Leer másDetik Perjalanan yang Paling Mencabar
Da-eun mempelajari cara mengutamakan dirinya tetapi berasa takut untuk kembali bekerja — sehinggalah dia menerima kata-kata semangat daripada ketua jururawat.
Leer másPerjalanan Diteruskan Lagi
Kini menjadi bahan gosip pejabat, Da-eun kembali bekerja. Semasa keluar dengan kawan-kawan pada waktu malam, Deul-re menemukan perkara yang menggembirakannya.
Leer másDaily Dose of Sunshine
Da-eun berjaya mencari cara unik untuk membantu pesakitnya. Deul-re mengejar minatnya, manakala Yu-chan berpegang pada prinsipnya dengan berani.
Leer más