Season 2 (2024)
← Назад к списку сезонов
Эпизоды 12
Pembunuhan Rawak
Selepas dinaikkan pangkat, Bon menerima tugas menyelamatkan seseorang daripada pembunuh bersiri di sebuah kejiranan. Namun, masalah timbul apabila dia menjadi suspeknya.
Читать ещёPengorbanan untuk Chacmool
Teruja untuk menjadi mentor yang baik, Bon membawa Yumiko dalam misinya yang pertama di Chichén Itzá pada tahun 1978. Bolehkah pembantu baharu Bon menjadi ejen yang baik?
Читать ещёPelarian Heike
Bon dan Yumiko mengembara ke Selat Kanmon, Jepun pada tahun 1185. Di sana, mereka perlu menyelamatkan dan melindungi ahli keluarga Heiki yang terselamat daripada diburu.
Читать ещёBudak Lelaki Sumeria
Pada tahun 3319 SM di Sumer, seorang pemuda mengembangkan permulaan sistem penulisan purba — tetapi kampungnya diancam oleh penyerang dan memerlukan perlindungan.
Читать ещёOrang Amerika yang Pertama
Bon dan Yumiko mengembara lebih 35,000 tahun ke kawasan Beringia yang sepi untuk menghalang seorang pemburu daripada mati beku ketika menuju ke arah timur.
Читать ещёJenayah Ejen T・P
Apabila ejen Peronda Masa membunuh seseorang, Bon dan Yumiko bertekad untuk menghalang jenayah itu daripada terjadi dan merungkai motif rakan sekerja mereka.
Читать ещёRaksasa Delb
Misi kru itu yang seterusnya berlaku 21,000 tahun yang lalu di Selatan Perancis. Seorang budak lelaki Cro-Magnon yang disisihkan dari kampungnya menjadi sasaran mereka.
Читать ещёHari Kekalahan Troy
Selepas Yumiko dinaikkan pangkat, kru itu mengembara ke tahun 1229 SM di Troy untuk menyelamatkan sasaran mereka. Ego Bon menghalang rancangan Yumiko.
Читать ещёGerombolan Dewa Maut
Kru itu menyelamatkan seorang lelaki tua daripada wabak pada abad ke-14 di Perancis. Kemudian, selepas mendapat tahu dia masih dalam bahaya, mereka memulakan misi baharu.
Читать ещёKemurkaan Dewa-dewi
Selepas menyelamatkan Lazarus pada 79 TM, rupa-rupanya sasaran mereka menghadapi nasib yang lebih kejam — maut akibat pertarungan gladiator atau bencana Gunung Vesuvius.
Читать ещёKubu Tinggalan Ditenggelami Hujan
Bon menerima berita buruk tentang Ejen Ream tetapi tetap perlu fokus pada misinya: menyelamatkan seorang pemuda daripada banjir kilat pada tahun 2400 SM di Mohenjo-daro.
Читать ещёBon Peronda Masa
Memanfaatkan pengetahuannya sebagai ejen Peronda Masa, Bon bertekad untuk menghalang Bola Dimensi. Sempatkah dia berjaya sebelum berlaku keruntuhan dimensi ruang-masa?
Читать ещё