Episódios 13
Pengembaraan Syaitan
Ketika pulang daripada janji temu lewat malam, Tuan Narihira dan pengiringnya melihat kereta lembu yang meluru ke arah mereka — namun tiada lembu yang menarik kereta itu.
Ler MaisKepala Menteri
Selepas puaka menawarkan peluang untuk memeluk wanita dengan kecantikan luar biasa, seorang pembesar gasang mencari Seimei untuk meminta bantuan.
Ler MaisAshiya Doman
Mengatakan bahawa seekor tikus bersayap menghantarnya, seorang pembantu tua meminta pertolongan Seimei; Kujo dan Puan Fujiko mula berkelakuan aneh.
Ler MaisDesas-desus Cinta
Roh berdendam seorang penyajak sudah mati yang bernama Tadami sudah lama menghantui kawasan itu. Selalunya dia tidak berbahaya — sehinggalah sekarang.
Ler MaisAwak Mabuk Cinta?
Apabila bercakap dengan ayah Tadami, Seimei dan Hiromasa mendapat tahu bahawa Tadami bertemu dengan puaka bertahun-tahun sebelum menemui ajalnya.
Ler MaisGadis yang Suka Serangga
Tuan Tachibana meminta nasihat Ashiya Doman untuk memulihkan obsesi anaknya terhadap serangga tetapi Seimei meragui penawarnya.
Ler MaisRiuh-rendah
Hiromasa membawa sebakul cendawan untuk dinikmati dengan Seimei yang dilihat begitu asyik mengenal pasti serangga hijau yang mati.
Ler MaisAnak Rubah
Semasa mengawasi Seimei, Hiromasa melihat bayangan tentang zaman kanak-kanak kawan rapatnya dan seksaan yang terpaksa dilalui kerana bakat dan keunikannya.
Ler MaisPertandingan Magis di Istana
Puan Tsukuyo mengesyaki seseorang yang tidak disangka sebagai kacukan puaka. Seimei berdepan dengan Ashiya Doman untuk menentukan Onmyoji yang lebih hebat.
Ler MaisSumpahan yang Hilang
Tindakan Seimei berjumpa dengan ahli istana diraja pada tengah malam untuk mencari syaitan yang menyerangnya membuatkan semua orang berasa jengkel.
Ler MaisPenjelmaan
Perubahan yang drastik dan ketara berlaku kepada Atsumi. Ketika Seimei sukar menerima peristiwa yang baru berlaku, Yasunori memberinya objek yang membawa sinar harapan.
Ler MaisUpacara Dewa Taizan
Dengan bantuan Ashiya Doman, Seimei memulakan Upacara Dewa Taizan. Bunyi tiupan seruling yang dikenali jelas kedengaran.
Ler MaisSyaitan Dalam Diri
Tatkala kuasa jahat menguasai Atsumi, dia teringat semula tentang persahabatannya dengan Hiromasa sejak dahulu yang penuh suka duka.
Ler Mais