Серії 23
Nun Jauh di Utara
Meskipun mengalami beberapa bulan yang sukar, Alice telah memulakan kehidupan aman dengan Kirito di desa. Seorang tetamu mengancam untuk mengganggu kehidupan baru mereka.
Читати більшеSerangan
Goblin dan orc melancarkan serangan berkuasa yang mengancam keselamatan Rulid. Alice bergegas untuk menyelamatkan mereka tetapi terpaksa untuk membuat pilihan sukar.
Читати більшеUjian Beban Akhir
Pertahanan siber kapal itu yang kukuh menghalang penyerang sehingga ketua Gabriel menumpukan perhatiannya pada Underworld dan gadis bernama Alice.
Читати більшеWilayah Gelap
Gabriel yang kini menguasai tentera Wilayah Gelap bersedia untuk berperang dengan Empayar Manusia. Sementara itu, Vecta yang sebenar menghadapi ancaman dari semua arah.
Читати більшеMalam Sebelum Pertempuran
Alice dan Kirito bertemu dengan tentera, tetapi keadaan Kirito masih teruk dan gerbang timur tidak akan bertahan lama apabila musuh mereka menyerang secara beramai-ramai.
Читати більшеPertempuran Kesateria
Gerbang runtuh dan tentera Wilayah Gelap berhabis-habisan untuk menyerang tanah manusia dan secara perlahan-lahan, mengatasi pihak lawan mereka yang lebih teratur.
Читати більшеStigma terhadap Mereka yang Tersingkir
Renly melarikan diri daripada pertarungan dan mencari Ronie dan Tiese bersama dengan peluang untuk menebus dirinya. Sementara itu, Alice meneruskan usaha pada bom laser.
Читати більшеDarah dan Nyawa
Selepas bom laser itu memporak-perandakan musuh, Alice menemukan mangsa terselamat berpangkat tinggi. Tentera manusia menimbulkan gangguan untuk mengalih perhatian Vecta.
Читати більшеPedang dan Penumbuk
Vecta mengarahkan tenteranya mengejar Alice, ini mencetuskan pertarungan antara pahlawan yang boleh memotong apa-apa sahaja dan seorang lagi yang berbadan kebal.
Читати більшеStacia, Dewi Penciptaan
Sebagai Stacia yang amat berkuasa, Asuna menstabilkan keadaan dan kembali bersatu dengan Kirito. Keadaan menjadi tidak menentu setelah Alice menemui mereka bersama.
Читати більшеPilihan Kejam
Pasukan umpan mendapati bahawa Vecta menghantar tenteranya merentasi jurang. Critter pula menggunakan tipu helah untuk menghimpunkan anggota baharu Amerika.
Читати більшеSinar Cahaya
Asuna nekad menghentikan kumpulan pemain Amerika di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai dan kekacauan daripada kedua-dua pihak. Vecta bersedia menawan sasarannya.
Читати більшеPerang Underworld yang Dahsyat
Sinon log masuk ke akaun utama Solus dan bertemu semula dengan Asuna serta Kirito. Leafa berjumpa dengan ketua orc, Lilpilin dan bersetuju untuk menjadi tawanan.
Читати більшеPenghujung Keabadian
Dengan kemunculan lebih banyak rakan, Asuna bersedia untuk bertarung dengan pemain asing. Higa pula mendapat idea untuk membantu Kirito tetapi dia memerlukan bantuan.
Читати більшеDesakan
Sinon muncul dan memberitahu Alice yang kecewa bahawa dia perlu meneruskan perjalanan ke selatan dan menuju ke Altar Kiamat Dunia. Asuna ternampak figura misteri.
Читати більшеKod 871
Yanai meluahkan perkara yang membuat dia tertekan kepada Higa yang terpaksa mendengar segalanya. Manakala, Sinon menghadapi masalah dengan Subtilizer di Underworld.
Читати більшеPutera Neraka
Menghadapi kematian di tangan Vassago, Kirito yang tidak berdaya diselamatkan oleh campur tangan daripada pasangan tidak disangka pada detik terakhir.
Читати більшеKenangan
Apabila Kirito bersemuka dengan ingatan menyakitkan tentang masa silamnya, Asuna bertarung dengan Vassago yang menjelaskan obsesinya terhadap Pendekar Berpedang Hitam.
Читати більшеKebangkitan
Bersenjatakan Pedang Langit Malam dan Pedang Ros Biru yang rosak, Kirito bergelut untuk menangkis serangan senjata Vassago. Dia mendapat bantuan tidak lama kemudian.
Читати більшеPedang Langit Malam
Asuna dan Alice bergegas ke Altar Hujung Dunia sebelum ia ditutup. Kirito tidak pergi untuk bertarung dengan Gabriel dan menjamin laluan yang selamat untuk mereka.
Читати більшеMelangkaui Masa
Mengamanahkan Alice kepada Rinko, Asuna tinggal di Underworld. Sementara itu, Higa dan Kikuoka perlu bertindak dengan pantas untuk menghentikan fasa pecutan maksimum.
Читати більшеAlice
Rinko mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan kecerdasan buatan sebenar yang pertama. Alice menjawab semua soalan wartawan yang sukar dengan cekap.
Читати більшеDunia Baharu
Mengetahui yang Alice telah menghilang, Kazuto bergegas untuk keluar dari rumah tetapi dihalang oleh penghantaran tidak diduga: sebuah kotak besar dengan isi mengejutkan.
Читати більше