Episodios 23
Kes 1_1: Kenalan di Los Angeles
Makoto dan rakannya mencari nafkah dengan menipu orang ramai. Namun apabila penipuan biasa terhadap seorang pelancong gagal, dia akhirnya terumbang-ambing di Los Angeles.
Leer másKes 1_2: Kenalan di Los Angeles
Tergantung di papan tanda Hollywood, Makoto mengingati laluan hidupnya daripada jurujual menjadi penjenayah. Kembali ke tanah, dia belajar lagi tentang menjadi "penipu".
Leer másKes 1_3: Kenalan di Los Angeles
Makoto memberitahu Laurent cara dia mengambil hati Eddie, namun meneruskan penipuan bukan mudah dan LAPD sentiasa memantau rapi situasi itu.
Leer másKes 1_4: Kenalan di Los Angeles
Dengan pembinaan makmal yang sedang berjalan, Makoto menikmati kota LA ditemani penguatkuasa Eddie dan Pola Dickens mula menyasarkan Makoto.
Leer másKes 1_5: Kenalan di Los Angeles
Tekanan bermula apabila semua melihat Makoto membuat kumpulan pertama Sakura Magic. Tapi dengan alat intipan Ejen Dickens di cuping telinganya, keadaan bertukar getir.
Leer másKes 2_1: Langit Singapura
Dua tahun kemudian, Makoto mendapat kerja halal sebagai mekanik selepas keluar penjara, manakala Laurent dan ahli pasukannya bertemu semula untuk satu kerja di Las Vegas.
Leer másKes 2_2: Langit Singapura
Kumpulan pergi ke Singapura untuk memulakan penipuan ke atas dua putera dan Perlumbaan Udara Path Finder yang telah diatur, tapi Makoto bimbangkan keadaan mental Abbie.
Leer másKes 2_3: Langit Singapura
Apabila strategi pertama gagal, Laurent merekrut beberapa bantuan tambahan, menggunakan kemahiran Makoto sebagai mekanik untuk menangani kedegilan putera lebih tua.
Leer másKes 2_4: Langit Singapura
Tanpa menyedari penerima taruhan sebenar, putera yang tamak meletakkan beberapa taruhan yang amat besar. Masa silam Abbie yang memilukan mula mengganggu tumpuannya.
Leer másKes 2_5: Langit Singapura
Dengan pusingan akhir perlumbaan udara makin tiba, semua perancangan berjalan lancar. Makoto berbincang serius dengan setiap juruterbang sebelum membuat taruhan sendiri.
Leer másKes 3_1: Salju Kota London
Makoto yang bekerja sebagai cef sushi di Perancis merancang satu penipuan tanpa bantuan Laurent selepas seorang pemuda Inggeris yang bongkak mengganggu penduduk tempatan.
Leer másKes 3_2: Salju Kota London
Di London, Laurent dan pasukannya membalas dendam dengan penipuan ke atas penyangak "007 dunia seni". Cynthia terkenang kembali tentang kisah berkaitan seni dan cinta.
Leer másKes 3_3: Salju Kota London
Makoto memburu Thomas, peniru karya seni yang mengenali Cynthia, untuk menghasilkan lukisan palsu "Snow in London". Laurent dan Abbie meneruskan rancangan mereka.
Leer másKes 3_4: Salju Kota London
Jualan lelong gelap palsu Laurent bermula dengan harga yang tidak masuk akal. Dalam kalangan pembida, Coleman dan Cynthia bersaing demi "Salju Kota London".
Leer másKes 4_1: Ahli Sihir dari Timur Jauh
Makoto berpisah dengan pasukan dan kembali ke Jepun untuk membina semula kehidupannya. Dia mendapat kerja tetapi tidak mengetahui perangkap yang dimasukinya.
Leer másKes 4_2: Ahli Sihir dari Timur Jauh
Cynthia dan Shi Ohn tiba di Jepun untuk memulakan penipuan terhadap Syarikat Scarlet. Makoto dan bosnya menemani mereka ke UAE untuk menyaksikan satu penculikan.
Leer másKes 4_3: Ahli Sihir dari Timur Jauh
Sebuah delegasi dari cawangan Suzaku Group di Shanghai tiba di Tokyo. Apabila disuruh menterjemah, Makoto tersedar yang dia pernah melihat jurubahasa tersebut.
Leer másKes 4_4: Ahli Sihir dari Timur Jauh
Dua bulan selepas penipuan tamat, Makoto masih bekerja untuk Akemi. Satu malam, seorang lelaki yang disangka Makoto telah mati, datang melawatnya.
Leer másKes 4_5: Ahli Sihir dari Timur Jauh
Laurent yang lebih muda menyertai sekumpulan pakar menipu termasuklah Oz selepas membantu mereka di Paris secara tidak sengaja. Semasa mengembara, dia jatuh cinta.
Leer másKes 4_6: Ahli Sihir dari Timur Jauh
Semasa tugasan terakhir mereka, pasukan menyamarkan Dorothy sebagai puteri Ethiopia dan memalsukan penculikannya untuk kumpulan Shanghai. Keadaan tidak berjalan lancar.
Leer másKes 4_7: Ahli Sihir dari Timur Jauh
Fasa terakhir penipuan terhadap kumpulan Shanghai bermula apabila Laurent pulang ke bandar. Pertaruhan semakin tinggi dan kesilapan tidak boleh berlaku.
Leer másKes 4_8: Ahli Sihir dari Timur Jauh
Kedua-dua pihak bersedia untuk pertemuan di Tokyo, dengan Laurent dan Makoto bertugas sebagai jurubahasa. Semuanya bergantung pada pilihan Makoto.
Leer másKes 4_9: Ahli Sihir dari Timur Jauh
Ahli Sihir Timur Jauh melakukan silap mata terakhir dan akhirnya sesetengah orang menerima balasan.
Leer más