Makan tengah hari sempena hari jadi ke-30 Andy terganggu oleh keganasan yang mengejutkan. Selepas tindak balas memegunkan ibunya menular, suatu ancaman muncul di rumah.
Terpaksa melarikan diri pada waktu malam, Andy bersedia untuk menelusuri perjalanan jauh ke Maine tanpa GPS, manakala Laura meminta bantuan Gordon mengenai perkara rumit.
Berasa terjerat dek selirat penipuan, Andy mencari jawapan seorang diri. Laura menghantar mesej ketika siaran langsung TV dan tidak lama kemudian dihantui masa lalunya.
Andy menyiasat orang yang mungkin berkaitan dengan ibunya, termasuk seorang banduan dan CEO syarikat farmasi. Walaupun masih diancam, Laura mencari jalan keluar.
Andy membongkar lebih banyak butiran tentang sejarah keluarganya dan menghubungi Mike, manakala Laura memulakan kehidupan baharu dan cuba menjejak anak perempuannya.
Andy cuba mendapatkan beg pakaian dari bilik hotel Mike ketika ibunya berhubung semula dengan orang dari masa lalu. Pertemuan semula yang pahit manis terganggu.
Andy menuju ke tempat yang dikenali dengan rakan tatkala memori zaman kanak-kanaknya mula dikenangkan. Imbau kembali mendedahkan pergelutan keluarga Queller selepas Oslo.