Season 1 (2019)
← Zpět na seznam sezón
Epizody 24
Shinra Kusakabe Masuk Tentera
Kereta api yang terbakar memberikan peluang bagi Shinra Kusakabe untuk memperkenalkan dirinya kepada majikan baharunya, Kompeni 8 Pasukan Bomba Khas, secara dramatik.
Číst víceHati Seorang Askar Api
Pasukan disertai bekas rakan sekelas Shinra, Arthur. Dia dan Shinra mesti mengetepikan saingan dan bekerjasama untuk berdepan dengan situasi kecemasan yang berbahaya.
Číst víceKejohanan Tentera Api Baharu
Beberapa individu yang tidak menyenangkan tertarik akan Shinra. Pada hari permulaan kejohanan, Shinra terlihat seseorang yang dikenalinya semasa kebakaran lama dahulu.
Číst víceWira dan Puteri
Selepas seorang pembunuh bertukar menjadi Infernal yang mengamuk, Shinra berkejaran untuk bersemuka dengannya. Kapten Hibana daripada Kompeni Lima masuk campur.
Číst víceBermulanya Pertempuran
Hinawa mengajar Shinra tentang perbezaan generasi antara ahli pirokinetik. Obi mengarahkan pasukan untuk menyiasat Kompeni Lima namun Iris menyelinap keluar bersendirian.
Číst vícePercikan Janji
Shinra berkejaran untuk berdepan dengan Hibana dan menyelamatkan rakan sepasukannya. Kekuasaan musuhnya menyebabkan dia sukar berdepan dengan Hibana.
Číst víceSiasatan Kompeni Satu Bermula
Memandangkan Hibana kini bekerjasama, Shinra mendapat tahu maklumat yang mengejutkan: Infernal yang dihasilkan secara buatan muncul di wilayah Leonard Burns.
Číst víceSerangga Infernal
Shinra dan Arthur terus tinggal dengan Kompeni Satu. Keadaan kelihatan tenang tetapi Shinra terlihat seekor serangga menukarkan seseorang menjadi Infernal.
Číst víceKejahatan Menular
Kaki berapi Shinra menyelamatkan Tamaki tetapi Rekka enggan mengalah, apatah lagi selepas serangganya menandakan bahawa Shinralah yang dicari oleh ketuanya.
Číst vícePenubuhan Pasukan Bomba Khas Kompeni 8 / Hikeshi Terkuat
Hinawa mengingat kembali tentang ketidakupayaannya untuk menembak rakan yang menjadi Infernal menyebabkan dia bertemu Obi dan menubuhkan Kompeni Lapan selepas keingkaran.
Číst víceMalam Sebelum Tercetusnya Permusuhan di Asakusa
Kompeni Lapan membantu Kompeni Tujuh mengawal kebakaran di Asakusa dan Benimaru mula menerima mereka. Namun, pihak yang jahat membenci persahabatan baharu ini.
Číst vícePerangkap Sudah Dipasang
Konro membenarkan Shinra menyertai siasatan, namun, Hikage dan Hinata pula berbalah. Arthur mengejutkan semua orang dengan menendang muka seseorang dengan lutut.
Číst víceApi Semarak untuk Si Dia
Benimaru membuat keputusan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh Konro. Haran mengatasi Shina dan Arthur dengan kekuatan luar biasa yang baru diterimanya.
Číst víceImpian Tukang Besi
Kompeni 8 mendapat seorang pegawai sains baharu, Viktor Licht, namun keanehannya membuatkan mereka tidak senang. Obi mengarahkan mereka mencari seseorang bernama Vulcan.
Číst víceKita Keluarga
Arthur dan Iris cuba meyakinkan Vulcan bahawa dia dalam bahaya. Shinra lari ke hutan untuk berdepan dengan Dr. Giovanni namun musuhnya telah bersedia.
Číst víceHitam dan Putih dan Kelabu
Shinra tidak membuang masa untuk pergi ke bengkel dan bergaduh dengan Dr. Giovanni. Pertemuan semula yang penuh emosi berakhir dalam cara yang tidak dijangka.
Číst víceRahsia Mengawal Api
Memandangkan Vulcan sudah menjadi ahli, Kompeni 8 mengadakan mesyuarat dengan Karim, Konro dan Hibana tentang Evangelist. Arthur dan Shinra berlatih di Kompeni 7.
Číst víceMenuju ke Alam Ghaib
Pasukan Shinra mengejar pengikut Evangelist ke Nether, sebuah wilayah bawah tanah haram, namun musuh mereka telah membuat persediaan yang licik.
Číst víceMendabik Dada
Hinawa berbalas tembakan dengan pemanah White-Clad, Arrow. Keupayaannya mengawal kelajuan amat mengagumkan tetapi tanpa sokongan, dia mula lemah.
Číst víceYang Terhubung
Obi dan Vulcan perlu menentang Lisa yang mempunyai sesungut yang telah dipengaruhi oleh Dr. Giovanni. Beberapa tapak kaki membawa Shinra kepada konfrontasi.
Číst víceKeazaman Seorang Saudara
Semasa berdepan dengan Sho di dunia berapi, Shinra akhirnya terlihat Evangelist. Namun dia perlu berdepan dengan musuh yang lebih pantas daripada waktu.
Číst víceMasa Silam yang Semarak
Komander Burns daripada Kompeni 1 menguji keupayaan Shinra menghadapi kebenaran yang menyakitkan dan berbahaya tentang kebakaran 12 tahun lalu yang memulakan segalanya.
Číst více