Episodi 24
Shinra Kusakabe Masuk Tentera
Kereta api yang terbakar memberikan peluang bagi Shinra Kusakabe untuk memperkenalkan dirinya kepada majikan baharunya, Kompeni 8 Pasukan Bomba Khas, secara dramatik.
Leggi di piùHati Seorang Askar Api
Pasukan disertai bekas rakan sekelas Shinra, Arthur. Dia dan Shinra mesti mengetepikan saingan dan bekerjasama untuk berdepan dengan situasi kecemasan yang berbahaya.
Leggi di piùKejohanan Tentera Api Baharu
Beberapa individu yang tidak menyenangkan tertarik akan Shinra. Pada hari permulaan kejohanan, Shinra terlihat seseorang yang dikenalinya semasa kebakaran lama dahulu.
Leggi di piùWira dan Puteri
Selepas seorang pembunuh bertukar menjadi Infernal yang mengamuk, Shinra berkejaran untuk bersemuka dengannya. Kapten Hibana daripada Kompeni Lima masuk campur.
Leggi di piùBermulanya Pertempuran
Hinawa mengajar Shinra tentang perbezaan generasi antara ahli pirokinetik. Obi mengarahkan pasukan untuk menyiasat Kompeni Lima namun Iris menyelinap keluar bersendirian.
Leggi di piùPercikan Janji
Shinra berkejaran untuk berdepan dengan Hibana dan menyelamatkan rakan sepasukannya. Kekuasaan musuhnya menyebabkan dia sukar berdepan dengan Hibana.
Leggi di piùSiasatan Kompeni Satu Bermula
Memandangkan Hibana kini bekerjasama, Shinra mendapat tahu maklumat yang mengejutkan: Infernal yang dihasilkan secara buatan muncul di wilayah Leonard Burns.
Leggi di piùSerangga Infernal
Shinra dan Arthur terus tinggal dengan Kompeni Satu. Keadaan kelihatan tenang tetapi Shinra terlihat seekor serangga menukarkan seseorang menjadi Infernal.
Leggi di piùKejahatan Menular
Kaki berapi Shinra menyelamatkan Tamaki tetapi Rekka enggan mengalah, apatah lagi selepas serangganya menandakan bahawa Shinralah yang dicari oleh ketuanya.
Leggi di piùJanji
Shinra dan Tamaki menyertai mesyuarat Komander Batalion yang tidak pernah diadakan. Maharaja mengarahkan mereka menyiasat Preacher tetapi seseorang membantah.
Leggi di piùPenubuhan Pasukan Bomba Khas Kompeni 8 / Hikeshi Terkuat
Hinawa mengingat kembali tentang ketidakupayaannya untuk menembak rakan yang menjadi Infernal menyebabkan dia bertemu Obi dan menubuhkan Kompeni Lapan selepas keingkaran.
Leggi di piùMalam Sebelum Tercetusnya Permusuhan di Asakusa
Kompeni Lapan membantu Kompeni Tujuh mengawal kebakaran di Asakusa dan Benimaru mula menerima mereka. Namun, pihak yang jahat membenci persahabatan baharu ini.
Leggi di piùPerangkap Sudah Dipasang
Konro membenarkan Shinra menyertai siasatan, namun, Hikage dan Hinata pula berbalah. Arthur mengejutkan semua orang dengan menendang muka seseorang dengan lutut.
Leggi di piùApi Semarak untuk Si Dia
Benimaru membuat keputusan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh Konro. Haran mengatasi Shina dan Arthur dengan kekuatan luar biasa yang baru diterimanya.
Leggi di piùImpian Tukang Besi
Kompeni 8 mendapat seorang pegawai sains baharu, Viktor Licht, namun keanehannya membuatkan mereka tidak senang. Obi mengarahkan mereka mencari seseorang bernama Vulcan.
Leggi di piùKita Keluarga
Arthur dan Iris cuba meyakinkan Vulcan bahawa dia dalam bahaya. Shinra lari ke hutan untuk berdepan dengan Dr. Giovanni namun musuhnya telah bersedia.
Leggi di piùHitam dan Putih dan Kelabu
Shinra tidak membuang masa untuk pergi ke bengkel dan bergaduh dengan Dr. Giovanni. Pertemuan semula yang penuh emosi berakhir dalam cara yang tidak dijangka.
Leggi di piùRahsia Mengawal Api
Memandangkan Vulcan sudah menjadi ahli, Kompeni 8 mengadakan mesyuarat dengan Karim, Konro dan Hibana tentang Evangelist. Arthur dan Shinra berlatih di Kompeni 7.
Leggi di piùMenuju ke Alam Ghaib
Pasukan Shinra mengejar pengikut Evangelist ke Nether, sebuah wilayah bawah tanah haram, namun musuh mereka telah membuat persediaan yang licik.
Leggi di piùMendabik Dada
Hinawa berbalas tembakan dengan pemanah White-Clad, Arrow. Keupayaannya mengawal kelajuan amat mengagumkan tetapi tanpa sokongan, dia mula lemah.
Leggi di piùYang Terhubung
Obi dan Vulcan perlu menentang Lisa yang mempunyai sesungut yang telah dipengaruhi oleh Dr. Giovanni. Beberapa tapak kaki membawa Shinra kepada konfrontasi.
Leggi di piùKeazaman Seorang Saudara
Semasa berdepan dengan Sho di dunia berapi, Shinra akhirnya terlihat Evangelist. Namun dia perlu berdepan dengan musuh yang lebih pantas daripada waktu.
Leggi di piùSenyuman
Shinra menggunakan kepantasannya untuk mengelak serangan Sho dan kenangannya lalu membuktikan persaudaraan mereka adalah benar. Namun Sho berkata yang dia tidak peduli.
Leggi di piùMasa Silam yang Semarak
Komander Burns daripada Kompeni 1 menguji keupayaan Shinra menghadapi kebenaran yang menyakitkan dan berbahaya tentang kebakaran 12 tahun lalu yang memulakan segalanya.
Leggi di più